Thursday, February 2, 2012

Ego Dalam Percintaan.


Ego. Kadang-kadang kita terlalu ego, sehingga boleh menyakitkan hati orang lain.

Dalam percintaan, biasanya di awal percintaan, kita tidak menunjukkan sifat ego kita kepada pasangan. Kita nak jadi yang terbaik untuk dia. Kita akan buat apa saja untuk dia sebab kita memang nak miliki hati dia sepenuhnya. "Aku nak tawan hati dia sepenuhnya. Aku nak dalam hati dia, hanya aku seorang je."

Macam-macam usaha kita buat untuk menawan hati pasangan kita tu. Sehingga satu tahap, di mata dia, kitalah yang terbaik. Di hatinya hanya ada kita sahaja. Di matanya tiada lagi orang lain selain kita. Dia sudah terlalu menyayangi kita dan berjanji takkan tinggalkan kita. "Yes! Aku dah berjaya tawan hati dia."

Kerana dia sudah terlalu sayang kat kita, dia sanggup melakukan apa saja untuk kita. Sanggup menghabiskan masa untuk kita, temani kita ketika sunyi, menuruti kemahuan kita dan macam-macam lagi. Kita mula rasa selesa. Sebab dia sudah terlalu menyayangi kita dan berjanji takkan tinggalkan kita.

Kerana kita terlalu selesa, semakin lama, ego kita makin menebal. Kalau dulu dia merajuk, kita sanggup buat macam-macam untuk pujuk dia. Call sampai kredit habis, bagi hadiah, merayu-rayu dan macam-macam lagi la. Sebab kita tak nak dia benci dengan kita dan tinggalkan kita. Walaupun dia buat salah, kita mudah nak memaafkan. Tapi setelah dia terlalu sayangkan kita, kita mula leka, ego kita semakin menebal. Kalau dia merajuk, kita dah mula rasa malas nak pujuk. "Buat apa nak pening-pening pujuk. Nanti dia baik sendiri la. Lagipun dia dah sayang kat aku, takkan tinggalkan aku."

Sehinggakan dia yang memujuk hatinya sendiri dan meminta maaf kepada kita. Walaupun dah terang-terang kita buat salah, dia yang mengalah dengan kita. Sebab dia terlalu sayangkan kita, dia sanggup ketepikan perasaan sedih dia tu untuk menjaga hati kita. Kita pun semakin besar kepala, semakin ego. Setiap kali kita buat salah pun, dia jugak yang mengalah. Mulut kita semakin berat untuk meminta maaf.

Dia memang banyak bersabar dengan kita. Walaupun kita banyak lukakan hati dia, dia sanggup bersabar lagi kerana sayangkan kita. Tapi ingatlah, kesabaran manusia ni ada tahapnya juga. Walaupun dia dah berjanji takkan tinggalkan kita, kerana ego kita tu lah yang akan menghakis perasaan cinta dia kepada kita. Banyak kali dia dah bersabar untuk kita, semuanya dia simpan dalam hati. Sehingga satu tahap apabila dia sudah tidak dapat bertahan lagi dengan keegoaan kita tu, segala yang terpendam di dalam hatinya akan meletup umpama bom yang menghancurkan segala-galanya.

Semua yang tersimpan dalam hati akan disemburkan juga. Kita dengan ego kita yang sangat tebal tu, dah tentulah tetap tak mahu nak mengalah. Kerana terlalu banyak dilukakan, dia tetap juga akan tinggalkan kita kerana dah tak mampu lagi nak bertahan dengan sikap kita. Akhirnya, sebuah perhubungan yang dibina, hancur kerana keegoaan kita. Oleh kerana kita terlalu ego, kita tetap akan salahkan dia juga kerana tinggalkan kita. Kenyataannya adalah salah kita, tetapi kerana ego, kita tak nak mengakui kesilapan kita sendiri.

Akhirnya, bila tiba satu saat, kita akan menyesal sendiri dengan keegoaan kita. Masa yang dah berlalu tak mampu untuk diputar kembali. Hati yang hancur, tidak mampu untuk dicantumkan semula. Kita sendiri akan menerima balasannya. Apabila kita melihat dia sudah bersama dengan orang lain, barulah ketika itu kita merasakan bertapa sakitnya hati ni. Sewaktu dahulu, kita tak pernah fikir pun bertapa sakitnya hati dia kerana kita.

Ingatlah, jika terlalu ego, suatu hari nanti kamu akan menyesal kerana kehilangan seseorang yang kamu sayangi dalam hidup kamu. Penyesalan yang kamu alami itu, sangat perit dan terlalalu lama untuk diubati kembali.

Thursday, September 1, 2011


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. haa! aduh, lama benar blog ni bersawang2x...abes labah2x merayap2x..ahahaha! sowy guyz..lately masa bln puasa sgt mls nk update kat blog.Xtau la psl apa,kira tertutup pintu hati ke blog ni sekejap.Then, smlm tiba2x teringat nk update blog.

So,di kesempatan ni sy nk ucapkan terima kasih kepada teman2x dan rakan2x blogger la yg dah wish birthdy sy smlm 1/9/2011..wahhh! dh mkin muda sy.. 23 tahun..ehem3x. Hppy sesangat sbb tahun ni diberi kesempatan lg utk bernafas dan hari jadi pada 3 syawal..amin!

So,insya Allah akan kmbali aktif dalam masa terdekat,ada beberapa perancangan yg perlu di buat..Lg dua mggu dh start kuliah! ok UUM tggu nk gegar blik ! hahaha...Anyway, thkz sekali lagi kepda kwn2x..love u all !