Thursday, June 9, 2011

Kawal Perbelanjaan Secara Online?

Perkembangan teknologi pd masa sekarang begitu menakjubkan.Sebut apa sahaja blog, Facebook dan Twitter...ia kini bukan sahaja medium untuk berkongsi cerita atau menambah kenalan tetapi menjadi platform menjalankan perniagaan alam maya.Trend menjual pelbagai barangan melalui blog dan laman jaringan sosial ini semakin mendapat sambutan malah ada yang menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan.

Tidak dinafikan terdapat sesetengah pembeli secara online yang kurang berjaya mengawal pembelian yang mereka dilakukan,barulah mereka menyedari bahawa mereka telah berbelanja secara melebihan.Ketika itu, menyesal pon tak berguna lagi.Disini terdapat beberapa panduan daripada Dr. Mariani bagaimana utk mengawal perbelanjaan secara talian, antaranya ialah :

Menyediakan jadual perancangan kewangan yang baik.
Menyenaraikan keperluan harian yang boleh dibeli atau sebaliknya.


Mengehadkan pengeluaran wang untuk setiap bulan.
Apabila individu sedar wang yang keluar masuk dari akaunnya maknanya dia berjaya mengawal dirinya dari berbelanja berlebihan.


Melihat kesan negatif pembelian online daripada orang lain.
Misalnya jika ada di antara kawan-kawan mereka yang pernah membuat secara online dan tertipu janganlah buat pembelian di web yang sama


Elakkan dari bersikap "tidak apa"
Sikap inilah membuatkan diri mereka lebih mudah ditipu.Sesekali perlu juga mendengar nasihat daripada orang lain yang pernah berhadapan dengan masalah pembelian secara online.

Harap dapat membantu kepada kwn2x yang minat beli secara online.:) salam.

P/S : Jika minat dgn artikel ini silala h menjadi follower dan postkan di wall fb and twitter anda masing-masing...salam kenalan.:)

No comments:

Post a Comment