Saturday, July 2, 2011

Menjadi Usahawan Yang Berjaya.


Tujuan Menjadi Usahawan

Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Fahami apakah ‘means of enterprenuer’. Biar saya kongsi kepada anda beberapa tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:

1. Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.
Mereka mempunyai kesabaran yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai ksabaran anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?

2. Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda dibeli? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?
Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.
Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.

Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti

Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).
Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.

Belajar Menjual Seawal Mungkin

Cuba cari pengalaman menjual. Jika anda makan gaji, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.
Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya. :)

MLM (Multi Level Marketing)

Haa… Satu tajuk menarik. Sesiapa yg ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain. Bnyak lgi konsep perniagaan selain MLM.. :)

P/S: slalu berpesan pda diri sndiri.. amalkan konsep DUIT :

Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal

No comments:

Post a Comment