Sunday, June 12, 2011

4 sebab kita sering hilang fokus

Hilang fokus sehingga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya boleh terjadi dari sehari ke sehari.Berikut merupakan beberapa hal yang dikenal pasti menjadi penyebabnya :-

Teknologi berlebihan.
Lihat saja pelbagai gajet terkini yang melambak dipasaran. Semuanya mula bersaing untuk mendapatkan perhatian kita.Jadi, tidak hairanlah kita sukar untuk fokus.Otak dapat bertindak sebagai "setiausaha" yang membuat kita terkendali.Semakin banyak gajet dicuba,semakin sukar untuk kekal fokus.Jadi lebih baik, berehat seketika dari televisyen,Internet,e-mel, dan lain2x lagi sekurang-kurangnya setiap kali lepas makan malam atau sebelum mahu melelapkan mata.

Kurang tidur.
Gejala kurang tidur yang kurang dari 7 jam sehari boleh membuatkan anda mudah tersinggung,sukar menumpukan perhatian, dan seterusnya sukar unutk kita buat tugas-tugas harian.Oleh yang demikian kita haruslah menjaga waktu tidur,ini sering terjadi kepada pelajar-pelajar univ yang slalu tidur lambat untuk menyiapkan tugasan dan juga waktu peperiksaan.

Tidak gembira dengan pekerjaan.
Hampir kesemua orang mempunyai rasa kurang puas hati dan bahagia dengan kerjaya yang mereka lakukan sekarang.Ada yang berpunca daripada suasana kerja,projek atau tugasan yang semakin membosankan dan tak kurang juga disebabkan oleh sebab-sebab yang melibatkan pihak majikan sendiri.

Terlalu stress.
Stress adalah sebab utama yang boleh menganggu kosentrasi.Ia juga menyebabkan kurang perhatian diberikan terhadap tugas sehingga memberi kesan negatif buan sahaja pada tugasan atau pengajian, tetapi juga hubungan di antara orang di sekeliling.Ia juga boleh menyebabkan penyakit iaitu darah tinggi.Bila berasa stres, cubalah bermeditasi. Menurut pengkaji dari University of Winsconsin,teknik relaksasi dapat meningkatkan kemampuan kita untuk menjauhi gangguan.

Sekian, salam.

P/S : Jika minat dgn artikel ini silalah menjadi follower di http://azizitahir.blogspot.com/ dan postkan di wall facebook and twitter anda masing-masing...salam kenalan.:)

2 comments:

  1. eh ada lagi..kadang2 awek cun lalu pun boleh hilang fokus..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..tau xpe..lupa nk letak...:P

    ReplyDelete