Tuesday, June 7, 2011

Tip Penampilan Lelaki

Terdapat 6 cara utk tampilkan personaliti diri...

Sebagai permulaan,cuba praktikkan tips di bawah ini dan semoga ia menjadi anda lelaki yang lebih baik..

Penampilan wajah
Lelaki harus berfikiran lebih terbuka dalam bab penjagaan wajah.Bukan sahaja wanita memerlukan pencuci muka,sebaliknyaia juga perlu dijadikan rutin oleh lelaki.Wajah segar dan berseri tidak akan terhasil begitu sahaja.Perlu mencari pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit.

Wangian
Tidak perlu bergelar lelaki metroseksual untuk menjaga penampilan diri.Lelaki biasa juga harus prihatin dalam menjaga penampilan agar disenangi oleh orang sekeliling.Penggunaan pewangi contohya amat perlu kerana ia mampu menambah keyakinan diri dalam pergaulan.Begitu juga dengan deoderant! merupakan perkara asas.

Kebersihan diri
Segelintir wanita menilai kebersiahan diri seorang lelaki melalui kukunya.Jika pendek dan bersih kukuknya,maka tanggapannya ialah si lelaki merupakan seorang lelaki yang pandai menjaga diri.Ini adalah fakta yang diperolehi.

Pakaian
Pakaian boleh mengambarkan personaliti seseorang jadi lelaki harus lebih prihatin dalam memilih gaya.Bezakan pakaian ketika di pejabat,majlis2x rasmi mahupun keluar bersiar2x.Pilih la gaya yang anda yakin dan jangan sesekali cuba menjadi orang lain.

Dompet
Mengapa lelaki gemar membiarkan dompet terlalu tebal dan dipenuhi dengan kertas2x yang tidak perlu? Ia menjadi semakin teruk apabila dompet itu dimasukkn ke poket belakang dan membonjol.Secara automatik penampilan lelaki nampak kurang menyenangkan.Dompet harus dijga dan perlu dikemaskini.

Kasut
Lelaki harus berhati-hati dengan penjagaan kasut kerana ramai juga di kalangan wanita yang menilai lelaki melalui kasut.Sudah tentu kasut yang bersih dan berkilat memberikan kessan positif tentang lelai.Warna stoking juga perlu dipilih dengan sesuai agar tidak kelihatan jangal.!

P/S : Diharapkan ini dpat membantu kaum Adam sekalian...! Salam...

3 comments: